AMALAN TASAUF DALAM MEMELIHARA MASYARAKAT DARIPADA SIKAP RADIKAL DALAM AGAMA
Abstract
Tasauf merupakan suatu amalan tradisional yang terdapat dalam keilmuan Islam yang menumpukan kepada amalan pembersihan hati yang diwariskan oleh sarjana-sarjana Islam sebagai pengamalan harian. Amalan tasauf ini merupakan amalan yang berdasarkan amalan nabi SAW serta para sahabat yang menyaksikan perbuatan Rasulullah SAW. Penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan bagaimana amalan tasauf berupaya sebagai salah satu cara untuk memulihkan hati daripada perilaku melampau yang pada asasnya melakukan perkara berdasarkan hawa nafsu semata-mata. Perkara tersebut adalah ditegah dalam agama oleh nabi SAW. Tindakan-tindakan radikal hanya merugikan umat Islam pada pandangan masyarakat bukan Islam. Sama ada perlakuan tersebut memberikan impak yang kecil seperti kasar dalam memperbetulkan kesilapan dalam ibadah mahupun besar seperti kejadian pengeboman oleh puak pelampau, ianya bukan daripada jalur yang terdapat dalam al-Quran dan sunnah Nabi SAW. Menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan analisis kandungan serta kaedah pemerhatian sebagai cara pengumpulan data kajian. Pengkaji juga mengkaji penulisan-penulisan ilmiah daripada jurnal-jurnal universiti mahupun berita dalam dan luar negara serta tulisan-tulisan pakar dalam akhbar nasional. Dapatan kajian kelak mendapati bahawa perilaku radikal ini bermula daripada kecenderungan hawa nafsu yang tidak terkawal. Maka melalui proses penyucian hati, mereka akan kembali kepada fitrah insani mereka.