MENANGANI PENIPUAN SIBER DAN PELABURAN PALSU BERDASARKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
Abstract
Harta adalah merupakan nikmat dan amanah Allah SWT kepada manusia agar dapat melaksanakan fungsi penciptaannya iaitu sebagai hamba dan khalifah. Ketika menguruskan harta, pencerobohan ke atas harta pihak lain adalah ditegah dan dalam masa yang sama kecuaian dalam pengurusan sehingga mengudang pencerobohan oleh pihak lain juga ditegah. Kemudaratan besar yang dihadapi oleh masyarakat hari ini khususnya kalangan umat Islam adalah kehilangan harta benda akibat menjadi mangsa ‘scammers’ yang berkeliaran atas talian tanpa dapat dikesan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti panduan-panduan menangani pelbagai bentuk penipuan siber dan pelaburan palsu berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Dapatan data dianalisis secara sistematik menggunakan penulisan teknik analisis kandungan. Dapatan kajian mendedahkan empat panduan utama yang perlu disebarluaskan dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam yang menunjukkan bahawa berusaha mengelakkan diri daripada ditipu adalah satu tanggungjawab keagamaan