EKSTRIMIS AGAMA: PENGABAIAN BUDAYA ILMU MENGUNDANG SIKAP RADIKALISME DALAM AGAMA

Authors

  • Hasfa Bakhry Bin Hassan
  • Prof. Madya Dr. Hadenan Bin Towpek

Abstract

Kajian ini merupakan salah satu daripada usaha dalam memberikan penerangan terhadap bahaya aliran pemikiran radikal yang boleh sahaja mengaburi pemikiran masyarakat muslim jika budaya ilmu tidak dijadikan sebagai asas kepada perjuangan Islam ataupun dakwah yang membawa kepada pelaksanaan Islam sebagai cara hidup. Menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan analisis kandungan serta kaedah pemerhatian sebagai cara pengumpulan data kajian. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti pengabaian budaya keilmuan akan membawa kepada kesesatan dan kesalahan dalam melaksanakan agenda besar Islam dengan menfokuskan hanya kepada kelompok yang terlibat dalam keganasan seperti Abu Sayyaf, ISIS, Jemaah Islamiah (JI) dan rakan-rakan sekutu mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahaya pengabaian budaya ilmu terhadap tindakan radikal yang mengatasnamakan Islam, agama dan Allah dalam setiap tindakan radikalism sebagai usaha menghalalkan segala tindakan yang dilakukan mereka. Budaya ini amat meluas berlaku di Malaysia dan jika dibiarkan ianya akan memberikan implikasi yang sangat buruk kepada negara untuk suatu jangka waktu yang panjang.

Downloads

Published

2022-03-31