“EKONOMI DIGITAL”: INISIATIF DAN STRATEGI PEMULIHAN EKONOMI OLEH KERAJAAN PASCA COVID 19

Authors

  • Azli Jamal
  • Ishak Bin Haji Abd Rahman
  • Azmi bin Aziz

Abstract

Salah satu sektor yang dilihat mengalami kesan paling ketara berikutan pandemik Covid 19 di Malaysia ialah perniagaan mikro yang melibatkan perkhidmatan, pembuatan dan pertanian. Bagi sub-sektor perkhidmatan, pemain utamanya ialah peniaga-peniaga kecil. Kumpulan peniaga ini diibaratkan sebagai penyelamat berikutan sektor perniagaan mikro yang diceburi adalah merupakan antara sektor ekonomi yang paling banyak menyumbang kepada prestasi ekonomi sesebuah negara namun, tidak dianggap sebagai grand-economy berikutan kebanyakan entiti perniagaan yang terlibat bersifat kecil-kecilan dan tidak formal. Namun begitu, sektor perniagaan ini merupakan antara sektor yang menawarkan peluang pekerjaan dan guna tenaga paling tinggi selain merupakan sektor yang menjadi sumber pendapatan kebanyakan penduduk di sesebuah negara terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana. Berikutan pandemik Covid 19 yang melanda negara ini dan seluruh dunia, peniaga kecil merupakan antara pemain dalam sektor ekonomi yang paling terkesan. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan untuk mencari maklumat sekunder yang berkaitan dengan aktiviti ekonomi digital dan wabak COVID-19. Maklumat-maklumat yang diperolehi adalah daripada pelbagai sumber seperti buku, jurnal, dan artikel akhbar serta majalah.Penemuan penyelidkan mendapati pelbagai pendekatan berteraskan “ekonomi digital†telah dicetuskan oleh Kerajaan dengan pelbagai inisiatif dan strategi baharu yang antara lain sebagai langkah untuk memulihkan kembali sektor perniagaan yang lebih berdaya saing serta mampu bertahan dalam situasi krisis kesihatan global seperti pandemik Covid 19 ini.

Downloads

Published

2022-03-31