HUBUNGAN ANTARA GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN SPIRITUALITI DI TEMPAT KERJA

Authors

  • Siti Fairos Saffardin
  • Al-Amin Mydin
  • Abdul Ghani Kanesan Abdullah

Abstract

Kepimpinan merupakan suatu hubungan yang wujud antara pengikut dan pemimpin dalam sesebuah organisasi serta dapat mempengaruhi individu tersebut mencapai objektif secara lebih efektif. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara kepimpinan transformasional pengetua dengan spiritualiti guru di tempat kerja. Hubungan ini dilihat dari segi empat dimensi utama kepimpinan transformasional pengetua iaitu pengaruh yang ideal, motivasi berinspirasi, pertimbangan individu dan rangsangan intelektual.. Kajian ini melibatkan 100 orang guru prasekolah swasta di daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Dapatan kajian ini menunjukkan setiap daripada hubungan antara dimensi kepimpinan transformasional memberikan nilai korelasi yang tinggi dan sangat tinggi. Rumusnya, kajian ini telah menjelaskan hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan spiritualiti yang ditunjukkan oleh guru-guru prasekolah swasta. Kajian ini mencadangkan supaya sampel kajian ditingkatkan dan reka bentuk kajian gabungan dilaksanakan kelak. Oleh itu , kajian ini memberikan gambaran sebenar mengenai kepentingan gaya kepimpinan pengetua pada peringkat prasekolah lagi.

Downloads

Published

2022-03-31