KEBERGANTUNGAN SUMBER TENAGA KERJA DI MALAYSIA KE ATAS BURUH ASING INDONESIA

Authors

  • Farah Nuraishah Ab Malek Zaki
  • Mohd Na’eim Ajis

Abstract

Malaysia menerima peningkatan tenaga kerja Indonesia (TKI) setiap tahun. TKI merupakan pekerja asing teramai di Malaysia dan memenuhi permintaan buruh di sektor perladangan, domestik, dan pembuatan. Ia berikutan faktor geografi yang berhampiran, sejarah, budaya, bahasa, agama dan rangkaian sosial. Berikutan sektor ekonomi Malaysia pernah dihentikan seketika berikutan penularan wabak Covid-19, ramai buruh asing kembali ke negara asal termasuk TKI. Kajian ini menilai kebergantungan sumber tenaga kerja di Malaysia ke atas TKI selepas negara kehilangan ramai buruh asing. Kelompongan pekerjaan yang ditinggalkan oleh TKI tidak diisi oleh rakyat tempatan terutamanya dalam sektor perladangan dan memaksa pemain industri terus bergantung kepada TKI. Selain itu, sikap kurang kepatuhan terhadap undang-undang menjadikan TKI lebih gemar dipilih kerana mudah dieksploitasi. Kajian ini melakukan temu bual bersama lima orang informan yang terlibat secara langsung dengan pengurusan buruh asing di Malaysia dalam mendapatkan data.

Downloads

Published

2022-03-31