ANALISIS SENTIMEN WARGA MAYA TERHADAP NARATIF ICERD DI DALAM PORTAL MALAYSIAKINI.COM

Authors

  • Mohd Azrin Wahid
  • Roziah Sidik @ Mat Sidek

Abstract

International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) merujuk kepada Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum. Ia mula didrafkan kali pertama pada 20 November pada tahun 1963 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia rentetan dari isu besar yang melanda masyarakat dunia pada waktu itu apabila kembalinya stigma anti semitik yang berlaku terhadap kalangan ahli masyarakat dunia. Kontroversi ICERD kini melanda bumi Malaysia apabila pemimpin negara telah mencadangkan untuk meratifikasikan ICERD. Susulan daripada ratifikasi ICERD ini akan membawa kepada pemansuhan perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin segala hak keistimewaan Melayu, Islam dan Bumiputera. Dalam hal ini media memainkan peranan utama menyebarkan maklumat termasuk juga Malaysiakini.com. Portal ini merupakan portal yang berpengaruh dan menjadi tumpuan utama warga maya dalam mendapatkan maklumat berdasarkan kekerapan penggunaan mingguan untuk tahun 2019 sahaja, di mana ia adalah media dalam kedudukan pertama antara media online lain yang menjadi sumber carian berita iaitu 44% lebih tinggi dari media online lain. Justeru itu kajian ini telah memilih portal Malaysiakini.com sebagai sampel media untuk menilai persepsi warga maya terhadap ICERD di mana data diperoleh melalui komen yang ditinggalkan warga maya di setiap artikel berkaitan ICERD. Kajian mengaplikasikan pendekatan analisis sentimen untuk menilai persepsi warga maya terhadap naratif ICERD bagi portal Malaysiakini.com. Dengan kaedah leksikon yang menggunakan perpustakaan TextBlob, komen warga maya dikelaskan kepada tiga kekutuban sentimen iaitu positif, neutral dan negatif mengikut skor polariti yang ditetapkan. Hasil kajian menunjukkan 95% (5126) daripada sampel diambil adalah sentimen positif, merujuk kepada sokongan terhadap raktifikasi ICERD. Secara keseluruhan, kajian membuktikan bahawa rata-rata pembaca portal Malaysiakini.com bersetuju agar ICERD diratifikasikan di Malaysia.

Downloads

Published

2022-03-31