JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) SERTA KERJASAMA STRATEGIK AGENSI ISLAM TERPILIH DALAM PENGURUSAN AKIDAH MELALUI PENDEKATAN AL-HISBAH DI MASA PENDEMIK DAN WABAK COVID 19 DI MALAYSIA
Abstract
Akidah sejahtera adalah merupakan asas dan prinsip yang harus dipertahankan dalam kehidupan umat Islam. Bahkan diurus dengan bijaksana dan komprehensif sama ada konsep dan amalannya dalam pegangan dan keyakinan agar menjadi benteng daripada penyimpangan dan penyelewangan yang merosakkan amalan dan ajaran Islam. Dan juga apapun keadaan melanda umat Islam seperti Artikel ini membincangkan dan mengkaji mengenai pengurusan akidah yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak sama ada kerajaaan dan rakyat. Walaupun di Malaysia terdapat institusi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan agensi Islam terpilih seperti Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Jabatan Mufti Negeri (JMN) dan lain-lain tidak menggunakan istilah hisbah, akan tetapi intipati, pengamalanm pelaksanaan serta fungsi-fungsi hisbah dilaksanakan dan dipraktikan oleh agensi-agensi Islam berkenaan. Pendekatan Hisbah tidak asing diamalkan dalam sejarah Islam mahupun pada ketika ini walaupun berbeza strategi, penjenamaan dan pendekatan. Kajian ini menggunakan kaeadah kualitatif iaitu dengan temu bual, pemerhatian dan kajian kepustakaan seperti dokumen, buku-buku, kajian ilmiah dan sebagainya diperolehi menunjukkan bahawa institusi Islam seperti JAKIM berperanan dalam mengukuhkan pengurusan akidah khusus di masa pemdemik dan Covid-19. Penulis mendapati hasil kajian bahawa peranan dan sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi Islam terpilih di Malaysia seperti peringkat negeri Najlis Agama Islam Negeri (MAIN) , Jabatan Agama IslamNegeri (JAIN), Jabatan Mufti Negeri (JMN), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya mengukuhkan dan memperkasakan urus tadbir khusus dalam pengurusan akidah agar tetap terpelihara dan terjaga dari penyelewangan walaupum berhadapan dengan musibah dan wabak penyakit.