PERBINCANGAN DAN PENGHAYATAN KONSEP Al-IHSAN DALAM AL-QURAN SERTA MUAMALAH
Abstract
Ihsan secara umumnya bermaksud baik atau bagus. Segala perbuatan atau tingkah laku yang mendatangkan manfaat dan jauh dari kemudaratan disifatkan sebagai perbuatan yang ihsan. Ihsan adalah suatu sifat yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia kerana kecenderungan kepada amalan dan perbuatan kebaikan. Secara ringkasnya konsep al-ihsan meliputi dua bahagian utama kehidupan individu muslim. Pertama, ihsan dalam beribadah pada Allah SWT seakan-akan memandang-Nya atau merasa dilihat oleh-Nya. Kedua, ihsan dalam memenuhi keperluan kebaikan sesama makhluk dengan melaksanakan hak-hak mereka. Suasana pandemik COVID-19 kini mengheret masyarakat dunia kearah tindakan norma baharu kehidupan. Bencana ini banyak memberi kesan yang mendalam kepada individu atau masyarakat termasuk aktiviti muamalah atau perekonomian. Penulisan perbincangan dan penghayatan konsep al-ihsan dalam muamalah adalah untuk melihat dan menilai manfaat dan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak atau antara penjual dan pembeli terutama dalam fasa baharu kehidupan akibat pendemik COVID-19 kini. Penulisan berdasarkan pendekatan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kepustakaan ini cuba meneliti,mengumpul dan menganalisis data-data daripada ayat al-Quran dan juga hadis serta ulasan ulama berkaitan dengan topik al-Ihsan dan juga muamalah.Hasil pemerhatian dan analisis penulis dapati terdapat 211 bentuk dan sifat perkataan al-ihsan yang di sebut di dalam al-Quran serta enam elemen asas al-ihsan yang relevan untuk dihayati dalam aktiviti muamalah berdasarkan pandangan Imam al-Ghazali. Secara umum kesimpulan penulisan ini menjelaskan bahawa konsep al-ihsan ini, bukan hanya suatu ibadah dan amalan yang kemanfaatanya hanya untuk peribadi sahaja, tetapi juga untuk individu muslim lain terutama dalam muamalah atau aktiviti perekonomian pada fasa baharu kehidupan kini.