PEMBANGUNAN PRODUK APLIKASI PEMBELAJARAN MUAMALAT BERASASKAN TELEFON PINTAR
Abstract
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia sebagai langkah kawalan penyebaran wabak pendemik virus Covid-19 bermula 18 Mac 2020 menyebabkan pembatasan dan pengurangan pergerakan orang ramai termasuklah pensyarah dan pelajar; bahkan tidak dibenarkan masuk ke kampus dan diarahkan bekerja dari rumah dan mengadakan kelas secara atas talian. Sehubungan itu, timbullah idea untuk membangunkan produk pendidikan berasaskan aplikasi telefon pintar yang dikenali sebagai “Aplikasi i-Me†iaitu Internet Muamalat Easy. Produk ini dibangunkan bagi memenuhi keperluan mendesak dalam Pengajaran dan Pembelajaran dalam bidang muamalat khususnya bagi kod-kod subjek seperti ISC150 (Ayat dan Hadis Ahkam Muamalat), dan CTU241 (Asas Ekonomi Islam). Terma ‘easy’ digunakan bagi menerangkan maklumat berkaitan pembelajaran muamalat adalah dengan mudah diakses, dilayari dan difahami melalui aplikasi telefon pintar. Namun, ilmu pengetahuan yang diperolehi adalah sangat signifikan. Dengan berasaskan kajian tindakan, produk ini dibangunkan dan distruktur dengan enam bahagian utama, iaitu asas fiqh muamalat, akad muamalat, akad yang ditegah, kamus mini muamalat, latihan dan kuiz, dan doa kejayaan dalam muamalat. Produk ini boleh dilayari dipautan Google Sites di alamat: https://sites.google.com/uitm.edu.my/i-me/laman-utama. Dapatan daripada pembangunan produk mendapati majoriti responden aitu 70 peratus (35 reponden) menyatakan persetujuan bahawa produk aplikasi i-Me ini memberi manfaat kepada mereka, sementara 30 peratus (15 reponden) menyatakan kurang bersetuju dan menyatakan produk ini masih ada ruang-ruang penambahbaikan dengan mengambilkira sistem penyampaian yang lebih mesra pengguna.