PENGARUH FAKTOR DEMOGRAFI TERHADAP PENERIMAAN AR-RAHNU DALAM KALANGAN USAHAWAN KECIL MUSLIM DI KELANTAN

Authors

  • Farahdina Fazial
  • Salimah Yahaya
  • Sakinatul Raadiyah Abdullah
  • Surita Hartini Mat Hassan
  • Che Khadijah Hamid

Abstract

Sambutan usahawan kecil terhadap Ar-Rahnu adalah amat mendukacitakan. Beberapa penyelidik melaporkan penerimaan usahawan kecil terhadap Ar-Rahnu masih rendah berbanding penerimaan mereka terhadap pajak gadai konvensional. Situasi ini mencetuskan fenomena menarik mengenai apakah faktor-faktor penerimaan usahawan kecil Muslim terhadap Ar-Rahnu? Secara khusus masih belum terdapat literatur yang boleh menjelaskan mengenai fenomena tersebut. Justeru, kajian ini cuba untuk menjelaskan persoalan mengenai penerimaan usahawan kecil yang masih rendah. Pada peringkat awal penyelidikan ini melihat terlebih dahulu analisis terhadap latar belakang demografi usahawan. Objektif artikel ini adalah untuk menganalisis faktor demografi yang mempengaruhi penerimaan usahawan kecil Muslim di Kelantan terhadap Ar-Rahnu. Terdapat dua persoalan kajian iaitu 1) apakah profil demografi responden? 2) adakah wujud perbezaan yang signifikan terhadap penerimaan Ar-Rahnu oleh usahawan kecil Muslim di Kelantan berdasarkan ciri-ciri demografi? Artikel ini dilaksanakan menerusi kaedah kuantitatif dengan mengedarkan sebanyak 350 soal selidik kepada usahawan kecil Muslim di Kelantan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22.0. Hasil dapatan mendapati hanya faktor jantina sahaja yang menunjukkan perbezaan yang signifikan. Berdasarkan nilai min yang diperoleh, penerimaan usahawan wanita terhadap Ar-Rahnu adalah lebih baik berbanding usahawan lelaki. Hal ini menunjukkan usahawan wanita menjadi pendorong utama untuk Ar-Rahnu terus berkembang di Kelantan. Kajian empirikal ini perlu diteruskan pada masa hadapan dengan menganalisis pengaruh faktor-faktor lain terhadap penerimaan Ar-Rahnu oleh usahawan kecil Muslim di Negeri Kelantan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-02-28

How to Cite

Farahdina Fazial, Salimah Yahaya, Sakinatul Raadiyah Abdullah, Surita Hartini Mat Hassan, & Che Khadijah Hamid. (2022). PENGARUH FAKTOR DEMOGRAFI TERHADAP PENERIMAAN AR-RAHNU DALAM KALANGAN USAHAWAN KECIL MUSLIM DI KELANTAN. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 7(43). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1355