ANALISIS PENGARUH TAHAP PENGETAHUAN DAN SIKAP DALAM KALANGAN GURU MUSLIM DI SUNGAI BULOH TERHADAP PINJAMAN BERASASKAN RIBA

Authors

  • Azarudin Awang
  • Hazwani Mohamad Safiei

Abstract

Transaksi ekonomi berasaskan riba merupakan salah satu aktiviti yang telah dijalankan sebelum kedatangan Islam lagi dan ianya masih dipraktikkan sehingga sekarang. Dari perspektif agama samawi, aktiviti ekonomi berasaskan riba mendatangkan implikasi yang buruk dan ketidakadilan khususnya kepada peminjam. Penjawat awam merupakan kelompok yang memperolehi pendapatan yang tetap biarpun negara berhadapan dengan suasana ekonomi yang tidak menentu. Di Malaysia, guru merupakan kelompok penjawat awam yang terbesar yang meliputi satu pertiga dari jumlah keseluruhan. Objektif kajian ini ialah melihat tahap pengetahuan dalam kalangan guru Muslim tentang asas-asas konsep riba. Selanjutnya melihat pengaruh pengetahuan dalam menentukan sikap mereka dalam melakukan pinjaman atau transaksi sesuatu produk yang ditawarkan oleh bank. Kajian ini dilakukan melalui tenik persampelan kajian dengan kaedah soal selidik digunakan sebagai metod kajian. Justeru, seramai 255 orang guru Muslim di daerah Sungai Buloh dipilih sebagai peserta kajian. Hasil dapatan menunjukkan majoriti guru-guru Muslim di daerah Sungai Buloh mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tentang pengharaman riba, namun dalam perkara yang lebih khusus didapati tahap pengetahuan mereka adalah sederhana. Mengambilkira pengetahuan guru terhadap larangan agama melibatkan diri dalam apa-apa bentuk aktiviti yang mengandungi unsur-unsur riba, didapati sikap mereka cukup berhati-hati dalam memilih transaksi di bank.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-02-28

How to Cite

Azarudin Awang, & Hazwani Mohamad Safiei. (2022). ANALISIS PENGARUH TAHAP PENGETAHUAN DAN SIKAP DALAM KALANGAN GURU MUSLIM DI SUNGAI BULOH TERHADAP PINJAMAN BERASASKAN RIBA. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 7(43). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1345