HUBUNG KAIT KESANGGUPAN UNTUK MEMBAYAR (WTP) DAN RUANG KELIARAN PELANCONG DI KOTA BELUD, SABAH

Authors

  • Kasim Mansur
  • Harifah Mohd. Noor
  • Nabila Farysha Dering
  • Jabil Mapjabil

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk meneliti tentang hubung kait kesanggupan untuk membayar dan ruang keliaran pelancong di Kota Belud, Sabah. Pendekatan kajian yang digunakan adalah penilaian dan kajian kes. Kajian ini melibatkan penggunaan kaedah kuantitatif melalui tinjauan borang soal selidik terhadap 93 orang responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti status perjalanan pelancong ke destinasi pelancongan di Kota Belud, Sabah adalah ditetapkan secara persendirian iaitu 57 orang responden (61.3%). Manakala status perjalanan ke destinasi pelancongan yang ditetapkan oleh organisasi atau institusi pula adalah seramai 33 orang (35.4%) dan yang ditetapkan oleh pakej pelancongan seramai 3 orang responden (3.2%). Seramai 48 responden (41.6%) menyatakan bahawa harga yuran masuk ke destinasi pelancongan adalah tidak mempengaruhi keputusan mereka untuk menentukan destinasi pelancongan yang mereka kunjungi. Seterusnya, kriteria utama yang diambil kira oleh pelancong untuk memilih destinasi pelancongan adalah memilih destinasi yang belum pernah mereka kunjungi iaitu seramai 34 orang (36.6%).

Downloads

Published

2021-12-31