AGING-IN-PLACE DAN KESUNYIAN DALAM KALANGAN WARGA EMAS WANITA KUBANG PASU, KEDAH

Authors

  • Nurzalyna Mohamed Zaki
  • Kalthum Hassan
  • Nur Syakiran Akmal Ismail

Abstract

Peningkatan bilangan warga emas di dalam masyarakat menuntut perhatian daripada semua pihak. Antara aspek yang perlu diberikan fokus adalah aspek susun atur kehidupan warga emas di masa hadapan. Warga emas lebih selesa menghabiskan kehidupan hari tua di kediaman mereka sendiri atau aging-in-place. Namun apabila menginjak tua, kadang-kala kediaman sendiri memberikan cabaran kepada warga emas dan salah satunya adalah cabaran emosi dalam mengharungi kesunyian. Terdapat beberapa kajian yang telah menyatakan bahawa warga emas yang tinggal bersendirian di kediaman sendiri cenderung untuk mengalami gejala kesunyian. Walaubagaimanapun, kajian ini mendapat bahawa warga emas yang mempunyai kesihatan dan keupayaan tubuh badan yang baik serta mempunyai aktiviti rutin kurang merasa sunyi, malahan terdapat responden yang langsung tidak merasakan kesunyian. Kajian ini mendapatkan data melalui kaedah kualitatif dengan menemubual responden warga emas dalam kalangan wanita Melayu di Daerah Kubang Pasu, Kedah. Kajian ini memberikan input kepada penggubal dasar dalam merangka rancangan yang menyokong aging-in-place di masa hadapan.

Downloads

Published

2021-12-31