PEMBANGUNAN AGRIKULTUR DARI PERSPEKTIF AL-QURAN: ANALISIS KAJIAN TEMATIK

Authors

  • Anis Aqila binti Abdul Rahman
  • Basirah Abu Bakar
  • Mohd Fahimi Zakaria
  • Abdelrahman Monis

Abstract

Pembangunan agrikultur tidak terbatas kepada penyelidikan makmal sahaja, sebaliknya di dalam al-Quran juga terdapat penjelasan yang terperinci tentang pengurusan agrikultur. Kajian ini memfokuskan analisis kajian secara tematik terhadap ayat-ayat al- Quran yang merujuk kepada pengurusan agrikultur. Metodologi kajian ini adalah dengan mengumpulkan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan pengurusan agrikultur dan membuat pembahagian mengikut tema yang bersesuaian. Kajian ini juga menjelaskan bahawa keperluan terhadap kitaran alam sangat diperlukan di dalam pengurusan agrikultur. Selain itu, terdapat beberapa komponen penting dalam proses pembangunan agrikultur berteraskan pedoman al-Quran sebagai teras utama kajian ini. Komponen ini seterusnya memberi implikasi tertentu dalam pembangunan aktiviti agrikultur seperti implikasi ekonomi, psikologi, iman dan kehidupan insan berpandukan dalil-dalil al-Quran yang jelas. Kajian ini merumuskan bahawa pembangunan agrikultur hendaklah dilaksanakan menurut perspektif al- Quran supaya hasilnya dapat dimanfaatkan seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Downloads

Published

2021-12-31