PENGALAMAN PENGURUSAN PENTADBIRAN MASJID-MASJID TERBAIK DI SELANGOR

Authors

  • Mohd Sobhi Ishak
  • Solahuddin Ismail
  • Solahuddin Abdul Hamid
  • Mohd. Nizho Abdul Rahman

Abstract

Fungsi masjid tidak terhad sebagai tempat ibadat solat sahaja, malahan turut merangkumi sebagai tempat seperti pusat pembangunan masyarakat, pendidikan, pentadbiran, penyatuan ummah, siasah, ekonomi, sosial dan sebagainya. Pemerkasaan masjid sebagai institusi Islam juga perlu kepada transformasi pengurusan pembangunan yang diurus dengan cekap dan efisien serta selari dengan keperluan semasa dan syariah. Kajian ini memfokuskan kepada tiga elemen utama pengurusan masjid iaitu kepimpinan; proses pengurusan; dan hasil yang memberi kesan kepada kecemerlangan masjid dan pembangunan komuniti setempat. Responden kajian terdiri daripada pegawai Jabatan Agama Islam Selangor serta pegawai masjid-masjid terbaik yang terpilih untuk mendapatkan pengalaman berkaitan ketiga-tiga elemen berkenaan. Data-data yang diperolehi melalui temu bual ini disaring dan disusun bagi mengenalpasti pengurusan pembangunan masjid yang terbaik dan berkesan. Adalah menjadi harapan, hasil kajian ini menjadi panduan kepada jawatankuasa masjid seluruh negara serta agensi-agensi yang berkaitan untuk mentransformasikan masjid sebagai institusi Islam yang berperanan sebagai tempat ibadat dan pusat integrasi sosial masyarakat.

Downloads

Published

2021-12-31