PELAKSANAAN INOVASI AR-RAHNU DALAM SEKTOR KOPERASI DI MALAYSIA

Authors

  • Fatimah Salwa Abd. Hadi
  • Mohamad Azahari Ahmad

Abstract

Pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) terus rancak dan berkembang di Malaysia dalam pelbagai sektor termasuk koperasi. Aktiviti Ar-Rahnu di koperasi dilaksanakan mengikut syariah berdasarkan “GP25: Garis Panduan Aktiviti Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)†yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Namun begitu, mesyuarat Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia (BNM) yang diadakan pada 25 Jun 2019 memutuskan bahawa terdapat keperluan untuk memperkemas struktur produk Ar-Rahnu sedia ada berikutan terdapatnya beberapa isu syariah yang timbul. Menyedari kepentingan melaksanakan Ar-Rahnu berasaskan syariah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang bertanggungjawab mengawal selia sektor koperasi telah mengeluarkan arahan penguatkuasaan pelaksanaan produk alternatif Ar-Rahnu bagi koperasi yang menjalankan aktiviti pajak gadai Islam berkuat kuasa 1 Mei 2021. Rentetan daripada penguatkuasaan tersebut, terdapat inovasi dan perubahan yang dilaksanakan dalam sektor koperasi bagi memastikan ianya adalah selari dengan kehendak syariah. Namun begitu, perbincangan mengenainya adalah sedikit dan terbatas. Justeru, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk membincangkan pelaksanaan aktiviti pajak gadai Islam bagi sektor koperasi di Malaysia sebelum dan selepas arahan penguatkuasaan pelaksanaan produk alternatif Ar-Rahnu. Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini menganalisis data secara sistematik dengan menggunakan teknik analisis kandungan. Beberapa cadangan turut diketengahkan di akhir kajian.

Downloads

Published

2021-12-31