PEMBELIAN MAKANAN SECARA ATAS TALIAN SEMASA PANDEMIK COVID-19

Authors

  • Ishak Bin Haji Abd Rahman
  • Nurhidayahtulain Binti Muhamad Khairi
  • Azmi bin Aziz

Abstract

Trend pembelian makanan secara atas talian didapati mengalami kenaikan penggunaan yang ketara sejak Mac 2020 iaitu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan di Malaysia. Kenaikan mendadak ini berpunca daripada tingkah laku pengguna yang memanfaatkan sepenuhnya platform e-dagang semasa PKP bagi mengekang penularan COVID-19. Salah satu aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh peniaga atas talian adalah kepuasan pelanggan bagi menjamin pembelian berulang atau memperoleh kesetiaan pelanggan terhadap sesuatu produk dan penjual. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kepuasan pelanggan terhadap pembelian makanan secara atas talian. Seramai 150 orang responden telah dipilih dalam kajian ini. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS dengan menjalankan analisis deskriptif dan Korelasi Pearson. Oleh itu, peniaga secara atas talian boleh menggunakan hasil kajian ini untuk menentukan sasaran pasaran mereka dan membuat rancangan pemasaran yang baik untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.

Downloads

Published

2021-12-31