POLEMIK TULISAN JAWI DI MALAYSIA: KAJIAN TERHADAP PENERIMAAN MASYARAKAT CINA

Authors

  • Aida Farkhana Ahmad Puhad
  • Norahida Mohamed
  • Azlina Abdullah Hasim
  • Safiah Abd Razak

Abstract

Penggunaan tulisan Jawi di Malaysia pada masa kini semakin meluas. Hal ini dapat dilihat melalui penggunaannya di sektor pendidikan, perniagaan serta pentadbiran dan sebagainya. Namun demikian, tulisan Jawi berhadapan dengan beberapa polemik yang menyebabkan tulisan Jawi tidak diterima oleh segelintir masyarakat. Antara isu yang hangat diperdebatkan dalam media arus perdana ialah tuntutan beberapa pihak bagi menolak penggunaan tulisan ini dalam pembelajaran di sekolah. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap penerimaan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Data-data dikumpul melalui soal selidik dengan menggunakan google form yang diedarkan kepada 119 orang masyarakat Cina di Malaysia. Analisis deskriptif digunakan bagi menganalisis tahap penerimaan tulisan Jawi oleh masyarakat Cina. Secara keseluruhan, kajian ini mendapati penerimaan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat Cina adalah sederhana. Oleh yang demikian itu, beberapa strategi perlu dilaksanakan oleh pelbagai pihak agar tulisan Jawi boleh diterima secara keseluruhannya oleh semua lapisan masyarakat.

Downloads

Published

2021-11-30