ANALISIS TEORI NILAI IMAM AL-GHAZALI DALAM PERLINDUNGAN HAK-HAK WARGA EMAS MENURUT PERUNDANGAN ISLAM

Authors

  • Hasiah binti Mat Salleh
  • Mohd Nurhusairi Mat Hussin
  • Raihanah Hj Abdullah

Abstract

Perundangan Islam disyariatkan bertujuan untuk memelihara hak dan keamanan manusia. Perlindungan manusia menurut perundangan Islam adalah berdasarkan lima objektif utama perundangan yang dinamakan sebagai maqasid syariyyah. Oleh yang demikian perlindungan hak-hak warga emas juga termasuk daripada aspek perlindungan manusia yang terkandung di dalam maqasid syariyyah. Mutakhir ini aspek perlindungan hak-hak warga emas semakin diabaikan berikutan peningkatan populasi warga emas dunia. Perundangan sedia ada juga adalah belum khusus dikanunkan bagi tujuan pemeliharaan dan perlindungan warga emas. Eroninya kes-kes penderaan serta pengabaian semakin meningkat. Kajian ini bertujuan menganalisis bentuk-bentuk perlindungan hak-hak warga emas berdasarkan Teori Nilai Imam Al-Ghazali. Pendekatan kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan kajian literatur yang dianalisis secara termatik menggunakan perisian Atlas-Ti 8. Dapatan kajian menunjukkan Teori Imam Nilai Al-Ghazali memperincikan kewajipan berbuat baik (bir lil walidain) adalah nilai yang dituntut oleh Islam. Ini diikuti hak-hak warga emas yang wajib dilindungi berdasarkan lima tema utama iaitu perlindungan agama, diri, akal, harta dan keturunan. Dapatan kajian ini memperkayakan kajian dalam bidang perundangan Islam khususnya terhadap ibubapa warga emas, panduan kepada penjaga warga emas, industri warga emas dan pembuat dasar. Suatu analisis lanjut berkaitan perlindungan warga emas dari aspek perundangan Islam bagi pemeliharaan hak-hak warga emas yang lebih baik di Malaysia amat diperlukan.

Downloads

Published

2021-11-30