KEMASUKAN PENGARUH AL-ALBANI DI ACEH, INDONESIA

Authors

  • Lukman hakim bin Nurdin
  • Mohd Arif bin Nazri
  • Najah Nadiah Binti Amran

Abstract

Aceh merupakan sebuah wilayah di Indonesia yang sangat konservatif dan masih berpegang teguh dengan tradisi pengajian pondok dan juga sangat menentang sebarang aliran pemikiran yang bernuansa salafi dan menolak secara total apa sahaja bentuk pengaruh dan fahaman yang tidak selari dengan fahaman pondok tradisional, yang dibawa masuk oleh bekas-bekas pelajar Aceh di timur tengah. Artikel ini bertujuan membincangkan pengenalan tentang kronologi kemasukan pengaruh Shaykh Muhammad NÄsir al-DÄ«n al-AlbÄni ke Aceh dan mengkaji proses kemasukan pengaruh beliau, serta membincangkan bagaimana pengaruh tersebut disebarkan sehingga diterima oleh sebahagian agamawan tempatan dan masyarakat awam. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah secara kualitatif iaitu kajian kepustakaan dengan metode menganalisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemasukan pengaruh salafi dan Shaykh al-AlbÄni secara khusus ke Aceh mengalami beberapa peringkat yang bermula dengan kemasukan awal pengaruh salafi iaitu sebelum kemerdekaan Indonesia, kemudian berterusan selepas kemerdekaan Indonesia sehingga kajian ini dilakukan. Selain itu dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa pengaruh beliau tersebar ke Aceh melalui gerakan yang dipelopori oleh DDII (Indonesian IslÄmic Dakwah Council), LIPIA (Lembaga Ilmu Pengetahuan IslÄm dan Arab), melalui institusi pendidikan, dan beberapa tokoh salafi Indonesia iaitu bekas pelajar Indonesia termasuk yang berasal dari wilayah Aceh yang menuntut ilmu agama di timur tengah dengan Shaykh al-AlbÄni atau melalui murid beliau. Setelah menamatkan pengajian, mereka kemudiannya kembali ke Indonesia dan menyebarkan pengaruh pemikiran guru mereka ke tanah air yang banyak berkisar tentang HadÄ«th, baik dari segi semakan terhadap status hadÄ«th mahupun amalan keagamaan yang mesti bertepatan dengan hadÄ«th.

Downloads

Published

2021-11-30