ADAPTASI SYARAT HADITH SAHIH SEBAGAI KAEDAH PENENTU KESAHIHAN KOMUNIKASI MAKLUMAT ISLAM

Authors

  • Abdul Rauf Ridzuan
  • Muhammad Taufik Md Sharipp
  • S Salahudin Suyurno
  • Zulkefli Aini

Abstract

Syarat hadith sahih merupakan kaedah di dalam `ulum al-hadīth yang digariskan oleh para muhaddithīn untuk menentukan darjat hadith sahih. Bagi memastikan sesebuah hadith terpelihara daripada penyelewengan dan pemalsuan. Ilmu seperti pensyaratan ini dirangka untuk menjustifikasikan kesahihan proses pemindahan matn hadith melalui jalur sanad yang benar. Kajian ini mendapati syarat-syarat tersebut boleh diadaptasi sebagai penentu kesahihan maklumat Islam. Oleh yang demikian, kertas kerja ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, mengenal pasti syarat-syarat hadith sahih. Kedua, menganalisis syarat-syarat tersebut untuk diadaptasikan dalam kaedah penentu kesahihan komunikasi maklumat Islam. Kaedah kepustakaan dan analisis kandungan digunakan bagi menjawab kedua-dua persoalan tersebut. Sebagai rumusan, didapati unsur-unsur yang terdapat dalam syarat hadith sahih iaitu sanad bersambung, keadilan perawi, kesempurnaan ingatan perawi, dan tiada keraguan pada sanad dan matan boleh digunakan sebagai kaedah penentu kesahihan komunikasi maklumat Islam.

Downloads

Published

2021-11-30