PERANAN IBU BAPA DALAM PEMBENTUKAN GENERASI RABBANI MELALUI PENERAPAN AGAMA DALAM INSTITUSI KEKELUARGAAN

Authors

  • Najdah Hanum Nasiruddin
  • Mohd Saifuddin bin Abdul Karim
  • Ahmed Mahmoud Ahmed Mahmoud
  • Mohamad Fathi Mohd Yunos

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang peranan ibu bapa dalam menerapkan ilmu agama dalam diri anak-anak sejak kecil bagi menghadapi kehidupan yang semakin mencabar. Dapat dilihat bahawa dalam keadaan negara semakin maju, timbul pelbagai isu gejala sosial dalam kalangan anak-anak berpunca daripada sikap lepas tangan ibu bapa tentang hal berkaitan agama. Makalah ini ditulis adalah bertujuan untuk memberi penekanan tentang aspek kepentingan pendidikan agama sejak kecil serta menjadi garis panduan kepada keluarga yang ingin mencapai keharmonian bersama serta mewujudkan keluarga ke arah generasi rabbaniah iaitu memupuk sifat mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah Swt dengan ilmu dan amal yang sempurna mengikut suruhanNya serta menjauhi laranganNya. Penulisan ini adalah berbentuk kajian kualitatif iaitu kajian perpustakaan menganalisis jurnal, artikel serta sumber-sumber lain berkaitan dengan tajuk kajian. Hasil penelitian mendapati bahawa ibu bapa merupakan individu terpenting dalam memberi pengaruh serta mencorak kehidupan anak-anak kerana mereka merupakan ‘role model’ dimana anak-anak akan mengikuti tingkah laku dan sikap ibu bapa mereka. Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya juga perlu difahami dengan lebih jelas agar tidak disesali pada masa akan datang. Ini kerana, sebagai orang tua, tugas mereka adalah untuk memastikan anak-anak memahami tanggungjawab mereka diciptakan serta menjadi masyarakat yang mampu memberi manfaat, tidak lain hanyalah untuk mencari reda Allah Swt.

Downloads

Published

2021-11-30