HUBUNGAN STATUS EKONOMI SEMASA PENULARAN COVID-19 TERHADAP KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA: SUATU SOROTAN LITERATUR

Authors

  • Nurul Farhana Najwa Sukiman
  • Nazirah Kamal Basah

Abstract

Penyelidikan ini membentangkan tentang suatu hubungan status ekonomi yang menjadi aspek penting kehidupan manusia sehingga boleh meninggalkan kesan sama ada baik atau buruk terhadap kebahagiaan rumahtangga. Penyelidikan ini dijalankan bagi membuktikan kadar ekonomi semasa penularan virus Covid19 mampu mengubah persepsi kebahagiaan dalam sesebuah rumahtangga. Justeru itu, penyelidikan ini adalah satu usaha untuk melihat bagaimana penularan Covid19 ini mempengaruhi kesejahteraan dan kebahagiaan rumahtangga. Seterusnya, saranan dan cadangan bagi mengatasi isu dan permasalahan keluarga tentang ekonomi ketika penularan Covid19 akan dibincangkan. Penyelidikan ini juga bertujuan supaya dapat mencapai objektif tentang hubungan status ekonomi semasa penularan Covid19 ini sekaligus menyebarkan untuk keperluan ilmu dan pemahaman masyarakat pada masa kini. Idea-idea yang dikumpulkan melalui kajian jurnaljurnal yang lain digabungkan sesuai dengan pemahaman masyarakat di era zaman moden kini. Objektif penyelidikan ini adalah pertama, menyatakan kronologi ringkas penularan virus Covid19. Kedua, untuk menjelaskan kepentingan ekonomi dalam rumahtangga dan ketiga, untuk mengenalpasti hubungan status ekonomi semasa penularan Covid19 terhadap kebahagiaan rumahtangga. Metodologi penyelidikan ini menggunakan kaedah analisis dokumen dan pemerhatian dengan cara mengkaji artikel, jurnal-jurnal dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat berkaitan hubungan status ekonomi semasa penularan Covid-19 terhadap kebahagiaan sesebuah rumahtangga itu sendiri. Penyelidikan ini diharapkan dapat membantu masyarakat dalam memahami dan mampu menghadapi situasi genting yang memerlukan pemantapan ilmu ekonomi agar dapat membuat persediaan untuk hari mendatang.

Downloads

Published

2021-11-30