PROGRAM PEMULIHAN BERASASKAN MANHAJ RABBANI BAGI REMAJA BERISIKO DI DAERAH BENTONG

Authors

  • Nur Hanisah Mohd Nor Afandi
  • Najah Nadiah Amran
  • Mohd Faizulamri Mohd Saad

Abstract

Program pemulihan remaja berisiko merupakan antara langkah untuk membantu remaja berubah ke arah perlakuan akhlak yang baik. Program pemulihan remaja berisiko perlu dijalankan secara bersepadu oleh semua pihak yang terlibat dengan pembangunan remaja. Bagi memastikan keberkesanan program pemulihan yang dijalankan, suatu kajian lanjut wajar dijalankan sebagai usaha menambahbaik kualiti program dan memberikan impak yang positif terhadap perubahan diri remaja. Analisis terhadap kajian lepas mendapati kajian berkaitan dengan program pemulihan yang dijalankan oleh pihak sekolah dan Felda masih kurang dijalankan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka bentuk program sokongan yang dijalankan terhadap remaja berisiko di Felda daerah Bentong, pelaksanaan dan keberkesananannya serta cadangan program pemulihan remaja berisiko berasaskan manhaj rabbani. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif. Seramai 10 orang remaja berisiko, 3 orang kaunselor, dan 3 orang wakil komuniti Felda telah dipilih untuk ditemu bual. Kajian ini juga menggunakan pendekatan tafsir mawdhui untuk memperoleh kriteria remaja berakhlak rabbani. Kajian ini menggunakan Atlas.ti untuk menganalisis data kualitatif mengikut kaedah analisis tematik. Kajian ini telah mengemukakan cadangan modul pemulihan remaja berisiko kepada Kementerian Pelajaran, FELDA, pihak sekolah, dan institusi yang menjalankan program pembangunan remaja berasaskan manhaj Rabbani.

Downloads

Published

2021-11-30