KREDIBILITI WAKAF DALAM MENANGANI ISU PEMBIAYAAN PENGAJIAN TINGGI: WAKAF PENDIDIKAN MALAYSIA SEBAGAI MODEL

Authors

  • Dr Hjh Mas Nooraini Hj Mohiddin1

Abstract

Kajian mengenai institusi pendidikan bersumberkan wakaf sudah lama di bincangkan, namun sejak kebelakangan ini kajian berkaitan telah menarik minat banyak pengkaji lebih-lebih lagi bila berlaku isu krisis kewangan secara global yang memberi kesan yang ketara. Kemampuan institusi wakaf dalam menangani isu pembiayaan pengajian tinggi bukanlah suatu perkara yang baru. Sejarah telah mencatatkan potensi wakaf bukan sahaja dalam bidang pendidikan bahkan dalam hampir semua bidang yang melibatkan pembangunan negara. Bertitik tolak dari isu pembiayaan untuk pendidikan tinggi yang sering di hadapi dan di tambah lagi dengan peruntukan Kerajaan bagi pendidikan semakin berkurangan, maka wakaf dilihat sebagai mekanisme yang mampu melonjakkan pembangunan institusi pengajian Tinggi. Sudah tiba masanya masyarakat Islam khususnya di Brunei Darussalam untuk menghidupkan dan menyemarakkan fungsi sebenar wakaf dalam memperkasa pendidikan bagi pembangunan Ummah. Justeru, kajian ini di jalankan bagi mengenal pasti sejauh mana wakaf pendidikan yang telah ditubuhkan di Malaysia di jadikan model yang mampu menangani isu pembiayaan pengajian Tinggi. Metodologi penyelidikan yang diguna pakai adalah secara kualitatif dan kuantitatif deskriptif dengan menggunakan analisis kandungan sebagai kaedah penganalisisan. Analisis dilakukan dengan meneliti maklumat data sekunder terutama penulisan, jurnal, kertas kerja dan artikel yang berkaitan. Sumbangan wakaf dalam mengatasi isu pembiayaan Pengajian Tinggi adalah amat signifikan dan patut di kembangkan dan diperluaskan bagi pembangunan pendidikan tinggi sebagai agen pembangunan ummah.

Downloads

Published

2021-11-30