FAKTOR MEMPENGARUHI NIAT DALAM MEMBERI KOMITMEN KEPADA PENJAGAAN IBU BAPA WARGA EMAS DI RUMAH

Authors

  • Siti Marsitah Mohd Mokhtar
  • Hasiah Mat Salleh
  • Mohd Saifuddin Abdul Karim
  • Ainun Mardhiah Salehuddin

Abstract

Jangka hayat penduduk di Malaysia semakin meningkat menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah populasi warga emas. Akibat daripada peningkatan populasi ini, penjagaan terhadap ibu bapa warga emas perlu diambil berat terutama di musim pendamik covid 19. Faktor-faktor yang mempengaruhi niat anak-anak dalam memberi komitmen kepada penjagaan warga emas di rumah perlu diketengahkan demi penjagaan hak warga emas. Seorang anak perlu mengambil kira tanggungjawab menjaga ibu bapa warga emas, demi kelangsungan hidup terutama warga emas yang sakit dan uzur. Kertas kerja ini membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi niat anak-anak dalam menjaga ibu bapa warga emas di rumah. Reka bentuk kajian ini adalah berdasarkan kajian keperpustakaan melalui pembacaan buku-buku ilmiah dan kajian-kajian terdahulu melalui analisis dokumen. Secara umumnya, kajian ini mendapati, peranan anak-anak dan ahli keluarga amat penting bagi kesejahteraan hidup warga emas terutama dalam musim pendemik covid 19. Kesimpulannya, anak-anak dan penjaga merupakan sokongan utama kepada warga emas. Terdapat enam faktor yang mempengaruhi niat dalam memberi komitmen kepada penjagaan ibu bapa warga emas di rumah iaitu disebabkan rasa tanggungjawab, kasih sayang, kesihatan, kewangan dan tinggal keseorangan. Tinggal bersama anak-anak akan menjamin kesejahteraan ibu bapa warga emas dalam meneruskan kelangsungan kehidupan terutama di musim pendamik covid 19.

Downloads

Published

2021-11-30