PEKERJAAN INFORMAL ERA PANDEMIK COVID-19: TINJAUAN PERSPEKTIF ISLAM

Authors

  • Nur Syahidah binti Abdul Jalil

Abstract

Pekerja informal di Malaysia membentuk 8.3 peratus guna tenaga bersamaan dengan 1.26 juta orang pada 2019. Terdapat andaian peningkatan kadar guna tenaga dalam sektor ini ketika Malaysia berada dalam pandemik COVID-19 apabila kadar pengangguran meningkat. Ini disebabkan ciri-ciri pekerjaan informal yang lazimnya tidak mengikat masa, tempat bekerja dan kelayakan akademik individu. Makalah ini memerihalkan potensi pekerjaan informal untuk berkembang di Malaysia khususnya ketika pandemik menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Makalah ini turut menyorot perspektif Islam tentang pekerjaan informal dalam konteks tanggungjawab dan sumbangan kepada negara dan masyarakat. Didapati bahawa Islam secara umumnya tidak menghalang individu untuk terlibat dalam pekerjaan informal selagi mana pekerjaan itu tidak bertentangan dengan syariah. Dalam masa yang sama, Islam meraikan peraturan berkaitan pekerjaan yang ditetapkan oleh pemerintah demi menjaga kemaslahatan semua pihak. Perkembangan pekerjaan informal juga ini dilihat seiring dengan teknologi dan suasana pekerjaan baharu yang berpotensi untuk dimanfaatkan.

Downloads

Published

2021-11-30