FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PENGGUNAAN E-JAWI DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM: APLIKASI TECHNOLOGY ACCEPTANCE MODEL

Authors

  • Asmadi bin Abdul Rahman
  • Fahmi Zaidi bin Abdul Razak
  • Norillah binti Abdullah Hassim
  • Mohd Jaffri bin Abdul Rani

Abstract

Penulisan Jawi merupakan khazanah penting kebudayaan masyarakat melayu. Untuk memastikan penulisan jawi terus kekal relevan, penggunaan teknologi dalam penulisan perlu diperkasakan. Antara aplikasi yang sangat berguna untuk membantu pengguna menulis tulisan Jawi adalah perisian e-jawi. Walaubagaimanapun, penggunaan teknologi yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya akan menyekat kelestarian penulisan Jawi. Oleh yang demikian itu, kajian ini akan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan aplikasi e-Jawi. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat ukur kepada konstruk kajian. Data dikutip menggunakan persampelan bukan kebarangkalian dengan jumlah sampel sebanyak 192 responden. Kajian ini menggunakan skala Likert 5 mata bermula dari 1 sangat tidak setuju hingga 5 sangat setuju. Hasil kajian mendapati bahawa sikap dan keseronokan mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan penerimaan e-jawi. Kajian ini akan membantu pihak yang berkaitan untuk menambahbaik aplikasi e-jawi sejajar dengan keperluan para pengguna.

Downloads

Published

2021-11-30