IMPLEMENTASI DAKWAH TERHADAP ETNIK SUNGAI DI SABAH: SATU ANALISIS AWAL

Authors

  • Mohd Sohaimi Esa
  • Saifulazry Mokhtar
  • Irma Wani Othman
  • Romzi Ationg

Abstract

Kepelbagaian etnik di Malaysia menunjukkan munculnya aneka adat dan budaya yang berbeza dalam kalangan masyarakat. Setiap etnik mempunyai adat dan ritual tersendiri dalam kehidupan mereka sama ada ia sejajar dengan kehendak Islam ataupun sebaliknya. Sebagai seorang pendakwah, kita seharusnya menggunakan implementasi dakwah yang penuh berhikmah agar seruan Islam yang dibawa mendapat tempat di hati mereka. Salah satu dari indikator kejayaan aktiviti dakwah adalah dengan mempunyai pengetahuan awal berkaitan landskap kehidupan mereka termasuklah etnik Sungai. Walaupun jumlah populasi mereka tidaklah seramai etnik yang lain, namun tanggungjawab menyeru mereka kepada Islam tidak boleh disisihkan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat landskap kehidupan etnik Sungai, reaksi etnik Sungai terhadap ajaran Islam, faktor-faktor etnik Sungai memeluk Islam dan implementasi dakwah yang sesuai dilaksanakan terhadap etnik Sungai di Sabah. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan merujuk kajian lepas berkaitan dengan etnik Sungai serta menjalankan temu bual semi sturktur terhadap sembilan individu yang berbangsa Sungai sebagai pendokong kepada fakta yang diperolehi. Dapatan kajian mendapati kaedah mendekati etnik Sungai dengan penuh hikmah seperti mendalami landskap kehidupan seharian mereka, mujadalah, dakwah bil lisan dan dakwah cAm merupakan implementasi dakwah yang berkesan. Kaedah pendekatan dakwah yang sesuai dapat menarik minat etnik Sungai untuk mendalami agama Islam dengan lebih mendalam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-10-31

How to Cite

Mohd Sohaimi Esa, Saifulazry Mokhtar, Irma Wani Othman, & Romzi Ationg. (2021). IMPLEMENTASI DAKWAH TERHADAP ETNIK SUNGAI DI SABAH: SATU ANALISIS AWAL. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 6(40). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1298