FUNGSI TABIK DALAM PEMBANGUNAN KOMUNITI: KAJIAN KES KUMPULAN SUARA BULUH PERINDU KUNDASANG
Abstract
Pembangunan komuniti dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goal- SDG) menjelang tahun 2030 menekankan kepada pemerkasaan komuniti dalam mengoptimumkan sumber agar dapat dimanfaatkan untuk mencapai kehidupan lebih baik. Bagi memahami senario ini, kajian penerokaan telah dilakukan dalam kalangan komuniti Suara Buluh Perindu Kundasang yang berjaya membangunkan Taman Budaya dan Inovasi Kundasang (TABIK) sebagai ruang yang bermanfaat kepada pembangunan komuniti. Data berkaitan usaha komuniti dan fungsi TABIK telah dikumpul melalui pemerhatian ikut serta dan temubual mendalam terhadap informan yang terlibat secara langsung dalam pembangunan TABIK. Kajian mendapati bahawa TABIK penting dalam pengukuhan dan kelangsungan warisan budaya dan alam sekitar, memperkasakan modal insan, menjadi sumber pembangunan ekonomi dan menjadi tunjang pembangunan komuniti yang lestari.