PENGETAHUAN COVID-19 DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DALAM KALANGAN KOMUNITI DI PULAU MABUL, SABAH.

Authors

  • Mohd Soffian Osman
  • Gusni Saat
  • Lutfi Hafifi Japili
  • Badariah Saibeh

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang pengetahuan dan pemahaman komuniti mengenai COVID-19 dan pelaksanaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) yang bertujuan untuk membendung wabak COVID-19 daripada tersebar. Komuniti yang diberi fokus dalam kajian ini adalah komuniti yang tinggal di pulau atau dikenali sebagai komuniti pulau. Dalam konteks negeri Sabah, sebahagian penduduk tinggal di kepulauan terutama di daerah Semporna. Oleh kajian ini menjelaskan sejauh mana sosialisasi pendidikan COVID-19 dan SOP PKP berlaku dalam kalangan komuniti pulau, khususnya di Pulau Mabul, Semporna, Sabah. Metodologi kajian yang digunakan pendekatan kualitatif melalui dua kaedah iaitu borang tinjauan dan temu bual separa berstruktur terhadap 105 orang responden yang terdiri daripada 13 peratus warganegara Malaysia, 9 peratus penduduk tetap, 21 peratus orang pelarian dan 57 peratus penduduk tiada kewarganegaraan. Unit analisis kajian ini adalah komuniti yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin komuniti dan ketua isi rumah. Data kajian mendapati pengetahuan komuniti Pulau Mabul mengenai COVID-19 berada pada tahap baik. Hal ini kerana ciri-ciri COVID-19 telah dapat digarap oleh responden dengan memberikan pelbagai ciri COVID-19 berdasarkan pengetahuan mereka. Pengetahuan tersebut banyak diperolehi daripada televisyen dan media sosial. Oleh kerana unit analisis kajian adalah komuniti, maka totaliti pelbagai ciri yang responden berikan menunjukkan bahawa komuniti Pulau Mabul tahu mengenai COVID-19 secara umum. Walau bagaimanapun, pengetahuan COVID-19 tidak berhubung secara positif dengan pengetahuan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai tindakan kerajaan bagi memutuskan rangkaian COVID-19. Selain itu, aspek amalan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka dilihat amat terabai dalam komuniti Pulau Mabul. Antara faktor utama yang menyebabkan pengabaian ini adalah ramai komuniti di Pulau Mabul tidak berpendidikan kerana majoriti penduduk adalah bukan warganegara. Oleh itu, mereka tidak dapat memahami dengan jelas kepentingan pematuhan SOP dalam membendung wabak COVID-19 daripada tersebar. Keadaan ini amat membimbangkan kerana ianya boleh mendedahkan komuniti pulau terhadap jangkitan COVID-19.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-10-31

How to Cite

Mohd Soffian Osman, Gusni Saat, Lutfi Hafifi Japili, & Badariah Saibeh. (2021). PENGETAHUAN COVID-19 DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DALAM KALANGAN KOMUNITI DI PULAU MABUL, SABAH. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 6(40). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1296