PENGHASILAN SERUNDING KUBIS SEMASA PANDEMIK COVID-19 TERHADAP PEMBANGUNAN USAHAWAN WANITA PERINTIS

Authors

  • Jurry Foo
  • Ubong Imang
  • Jalihah Md Shah
  • Mohd Sohaimi Esa

Abstract

Serunding Kubis adalah produk inovasi yang dihasilkan semasa pandemik COVID- 19 sebagai alternatif mengoptimumkan kearifan tempatan dalam menguruskan sumber pertanian yang mengalami masalah lambakan kerana tidak terjual. Penghasilan produk ini diilhamkan oleh penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) kemudian diproses oleh komuniti perintis. Artikel ini akan membincangkan pembangunan usahawan wanita perintis melalui penglibatan dalam penghasilan serunding Kubis. Kajian kes dalam kalangan komuniti rintis ini melibatkan pengumpulan data melalui kaedah temu bual mendalam dan pemerhatian ikut serta terhadap lima orang usahawan wanita yang terlibat secara aktif. Manakala hasil kajian dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa penghasilan serunding Kubis telah menyumbang kepada pemerkasaan usahawan wanita perintis, iaitu dari aspek ekonomi, psikologi, sosial dan politik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-10-31

How to Cite

Jurry Foo, Ubong Imang, Jalihah Md Shah, & Mohd Sohaimi Esa. (2021). PENGHASILAN SERUNDING KUBIS SEMASA PANDEMIK COVID-19 TERHADAP PEMBANGUNAN USAHAWAN WANITA PERINTIS. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 6(40). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1295