AMALAN SOGIT DALAM MASYARAKAT KADAZANDUSUN DI KAMPUNG TUARID LIAWAN KENINGAU SABAH: ANALISIS TERHADAP PERUBAHAN PENGAMALAN RITUAL
Abstract
Setiap bangsa di dunia mempunyai suatu set adat tradisi yang diamalkan sejak sekian lama. Namun akibat daripada peredaran zaman, pengamalan terhadap adat-adat tersebut mengalami penyusutan dan perubahan yang disebabkan oleh beberapa faktor. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti perubahan perlaksanaan amalan ritual sogit di Kampung Tuarid Liawan Keningau Sabah. Sogit secara mudahnya dapat dikonsepkan sebagai satu set hukuman yang dikenakan kepada pesalah adat dalam budaya Kadazandusun di Sabah. Sehubungan itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode penggumpulan data melalui kaedah temubual. Hasil kajian mendapati, ritual adat sogit di Kg. Tuarid Liawan Keningau Sabah telah berlaku perubahan pengamalan dalam beberapa aspek antaranya perubahan pengertian terhadap istilah sogit, perubahan persepsi masyarakat kampung terhadap ritual sogit dan perubahan pihak yang mengendalikan kes sogit.