CABARAN DAN POLEMIK BEKERJA DARI RUMAH

Authors

  • Mohd. Soffian Osman
  • Dzurizah Ibrahim
  • Jalihah Md. Shah
  • Jurry Foo

Abstract

Sebelum berlakunya pandemik COVID-19, amalan bekerja dari rumah (BdR) dalam kalangan negara-negara maju bermatlamat untuk meningkatkan keseimbangan kerjakehidupan pekerja. Sifat BdR yang anjal dan tugas yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja menjadikannya amalan popular di negara maju. Namun, asas amalan BdR dalam konteks pandemik COVID-19 di Malaysia adalah untuk mengekang penularan virus. Justeru, ketidakpastian mengenai pengaturan kerja yang anjal, perubahan tempat kerja dari pejabat ke rumah, serta adaptasi terhadap perubahan ini telah menimbulkan pelbagai pandangan dan polemik kerana keberkesanan tindakan yang disyorkan masih belum jelas dari aspek perundangan dan pelaksanaannya. Bersandarkan bahan sekunder dari kajian lepas, makalah ini membincangkan cabaran dan polemik pengamalan BdR ketika pandemik COVID-19. Hasil dapatan menunjukkan terdapat tujuh tema cabaran dalam melaksanakan WFH ketika pandemik iaitu: kesampaian internet dan infrastruktur digital; persekitaran nyahmanusia; keseimbangan dan konflik kerja-kehidupan; produktiviti; peralihan tanggungjawab majikan kepada pekerja; waktu bekerja dan; pengasingan sosial. Sama ada amalan BdR ini akan diteruskan sebagai normal baharu selepas pandemik COVID-19, perkongsian pintar antara kesemua aktor yang terlibat seperti pemerintah, majikan, kesatuan sekerja mahupun pekerja adalah amat kritikal dalam memastikan kejayaan BdR sama ada ia akan kekal menjadi pilihan selepas pasca COVID-19 atau tidak. Ia harus digunakan secara bijaksana untuk memastikan pekerja dilatih, dimotivasi dan dimanfaatkan untuk memberikan yang terbaik ke arah hasil yang diinginkan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-10-31

How to Cite

Mohd. Soffian Osman, Dzurizah Ibrahim, Jalihah Md. Shah, & Jurry Foo. (2021). CABARAN DAN POLEMIK BEKERJA DARI RUMAH. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 6(40). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1290