PENGURUSAN FIQH PENGAMBILAN VAKSIN COVID-19: KAJIAN BERDASARKAN KAEDAH AL-DHARAR YUZAL

Authors

  • Muhammad Fairus Mat Yasin
  • Mohd Shukri Hanapi

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis pengurusan terhadap fiqh pengambilan vaksin COVID-19 khusunya di Malaysia. Pengambilan vaksin COVID-19 merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam mengekang wabak pandemik COVID-19 dari terus menular di Malaysia. Program vaksinasi ini dijalankan adalah bertujuan bagi menampung keperluan imunisasi rakyat Malaysia daripada dijangkiti wabak COVID-19. Masalahnya ialah apabila terdapat pelbagai jenis polemik dalam kalangan masyarakat yang melahirkan berbagai reaksi sama ada pro atau kontra terhadap pengambilan vaksin COVID-19 ini. Bagi merungkai isu ini, kajian ini akan mengenal pasti dan menganalisis kaedah fiqh al-darar yuzal (kemudaratan mesti dihilangkan) dalam menguruskan fiqh pengambilan vaksin COVID-19 dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah pengambilan vaksin COVID-19 mendapat sambutan yang sewajarnya dari kalangan masyarakat di Malaysia sedangkan terdapat pelbagai jenis polemik dan pandangan berbeza dari setiap lapisan masyarakat? Bagaimanakah hendak menguruskan fiqh pengambilan vaksin COVID-19 di Malaysia berdasarkan kaedah al-darar yuzal? Bagi menjawab semua persoalan ini, perbincangan dalam kertas kerja ini terbahagi kepada dua bahagian utama. Bahagian pertama, mengenal pasti polemik berhubung fiqh pengambilan vaksin COVID-19 di Malaysia. Bahagian kedua pula menganalisis penggunaan kaedah al-darar yuzal dalam pengurusan fiqh pengambilan vaksin COVID-19 khusunya di Malaysia. Kajian kualitatif asas dengan menganalisis data sekunder ini mendapati kaedah al-darar yuzal mampu digarap sebagai kaedah pengurusan fiqh pengambilan vaksin COVID-19. Seterusnya, kajian ini dapat mengetahui bagaimana masyarakat dapat mengawal polemik mengenai pengambilan vaksin COVID-19 melalui kaedah al-darar yuzal.

Downloads

Published

2021-09-30