PENDEKATAN BAWAH-KE-ATAS BADIUZZAMAN SAID NURSI BERDASARKAN ASPEK PENYAMPAIAN DAKWAH: SATU SOROTAN AWAL

Authors

  • Nurhazwani Mohd
  • Shereeza Mohamed Saniff

Abstract

Pendekatan bawah-ke-atas merupakan inisiatif yang dilakukan melalui pihak sasaran dengan pendekatan tersendiri. Pembinaan dasar, pembuatan keputusan dan pelaksanaan dijalankan secara berdikari dan bersifat akar umbi oleh pihak sasaran. Melalui bidang dakwah, pendekatan bawah-ke-atas mempunyai pendekatan yang bersifat dalaman dalam pembentukan komuniti yang mempunyai hak menentukan hal ehwal kehidupan. Pendekatan bawah-ke-atas menerusi penyampaian dakwah sebagai medium memberi galakan pembangunan dan kesedaran kolektif serta menegakkan konsep pembangunan seimbang dari sudut rohani dan material. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi membahaskan pendekatan bawah-ke-atas menerusi tokoh agamawan iaitu Badiuzzaman Said Nursi menerusi aspek penyampaian dakwah. K Kajian dijalankan berdasarkan pendekatan bawah-ke-atas yang terkait dengan konsep pembaharuan dan kaedah penyampaian dakwah yang disampaikan oleh Badiuzzaman Said Nursi dalam kegiatan penyampaian dakwah dan penyebaran ilmu. Pengetahuan dan bidang keilmuan Badiuzzaman Said Nursi telah memberi inspirasi dan sumbangan besar kepada pemimpin negara dan umat Islam berikutan kemajuan dan kebolehan tokoh ini menguasai bidang keilmuan. Manakala menerusi konsep penyampaian dakwah, tokoh agamawan ini dilihat telah memberi kesan mendalam melalui bidang penulisan melalui karya ilmiah pada peringkat permulaan penyampaian dakwah beliau sehingga dapat memperluas pengaruh ilmu yang disampaikan dalam kalangan masyarakat walaupun tokohini dihimpit pelbagai tribulasi dan mehnah. Kajian ini dijalankan menggunakan kajian dokumen bagi pengumpulan data sekunder serta melibatkan pendekatan analisis kandungan pada data yang diperoleh. Kajian ini mendapati, pendekatan bawah-keatas Badiuzzaman Said Nursi yang dijalankan menerusi penyampaian dakwah menunjukkan ciri-ciri inovatif atau pendekatan baru dan lestari dalam melaksanakan dakwah kerana mampu bertahan dan dijadikan panduan oleh pembesar negara dan masyarakat sehingga sekarang.

Downloads

Published

2021-09-30