PENERIMAGUNAAN TEKNOVASI MEKANISASI OLEH PESAWAH PADI DI NEGERI KEDAH

Authors

  • Nur Syazwani Mohd Nawi
  • Noorulsadiqin Azbiya Yaacob
  • Mastora Mustafar

Abstract

Teknovasi mekanisasi dalam pertanian dikatakan sebagai faktor penting yang dapat membantu meningkatkan produktiviti pengeluaran tanaman masa kini. Namun begitu, penerimagunaannya dikatakan masih rendah disebabkan oleh pelbagai masalah yang wujud. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap penerimagunaan tenovasi mekanisasi oloh golongan pesawah serta jenis teknovasi mekanisasi terkini yang digunakan. Kaedah kutipan data kajian adalah melalui temubual bersama pihak pengurusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Negeri Kedah memandangkan kajian ini memfokuskan kepada sawah padi Negeri Kedah. Daripada analisa yang dibuat, ianya telah menjawab kesemua objektif kajian. Pesawah telah mula menerimaguna teknovasi mekanisasi dan antara mesin terkini yang digunakan adalah teknologi dron, jentuai mini serta teknologi baler. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan yang bermanfaat kepada pengurusan industri padi negara dalam usaha meningkatkan produktiviti melalui peningkatan penerimagunaan teknovasi mekanisasi di kalangan pesawah padi.

Downloads

Published

2021-09-30