PENDEKATAN KESENIAN DALAM PENDIDIKAN SOLAT DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH: SATU SOROTAN KARYA

Authors

  • Suhrawardi Saidin
  • Mohd Syakir Mohd Rosdi

Abstract

Pendekatan kesenian banyak didominasi oleh pendidikan sebagai kaedah alternatif bagi melancarkan pemahaman dan pembelajaran murid. Antara contoh pembelajaran yang menggunakan kesenian seperti pelajaran kemahiran hidup dan sifir bagi pelajaran matematik serta lain-lain mata pelajaran asas di sekolah rendah. Pendekatan ini banyak membantu murid sekolah rendah seperti yang dijelaskan dalam kajian-kajian dilakukan oleh Hamisan Salim (2010) dan Kamaliah Aminah Abdullah @ Abu Bakar (2006). Timbul persoalan, bagaimana pula dengan pendidikan solat di peringkat sekolah rendah, adakah pendidikan ini menggunakan pendekatan kesenian juga? Untuk mendapatkan maklumat awal, kajian yang dilakukan ini menyorot kajian-kajian dan karya-karya yang berkaitan pendekatan kesenian dalam pendidikan Islam sekolah rendah. Maka bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini mengumpulkan kajian-kajian dan karya-karya yang merupakan data sekunder dengan menggunakan kaedah kajian dokumen. Data yang diperoleh ini dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan. Hasil daripada analisis kajian ini menemukan kajiankajian dan karya-karya khusus yang boleh membantu bagi menemukan pendekatan kesenian dalam pendidikan solat sekolah rendah juga menemukan lompang karya. kajian ini akan membantu dan memudahkan para pelajar peringkat rendah dalam memahami solat secara mendalam melalui hafalan secara kesenian yang ringkas dan padat. kajian ini akan memberi sumbangan kepada umat Islam di Malaysia dan di peringkat rendah persekolahan bagi murid-murid beragama Islam dalam mendekati pembelajaran solat.

Downloads

Published

2021-09-30