KONSEP KEWARTAWANAN BARAT DAN KEWARTAWANAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU KAJIAN PERBANDINGAN

Authors

  • Muhamad Hakimi Abd Rani

Abstract

Antara salah satu cabaran utama amalan kewartawanan ialah mengekalkan perpaduan masyarakat majmuk yang mengamalkan kebudayaan dan kepercayaan agama yang berlainan. Dalam usaha kewartawanan mencorak hal ehwal masyarakat, wartawan dan editor terpaksa bekerja keras untuk menghasilkan kandungan media yang sentiasa relevan kepada kehendak masyarakat. Proses menambah nilai terhadap isu-isu yang dilaporkan dipengaruhi oleh keunikan budaya, bahasa dan ideologi penerbit kandungan media yang berlainan malahan bertelagah sesama mereka untuk menegakkan kebenaran masing-masing. Hal ini demikian kerana kecenderungan sudut berita yang berlainan membawa kepada pelbagai persepsi, penerimaan dan reaksi berbeza daripada masyarakat terhadap isu-isu yang disentuh. Kertas kerja ini bertujuan membincangkan tentang perbezaaan kewartawanan Barat dan kewartawanan Islam. Hal ini demikian kerana Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama. Antara tekanan besar yang dihadapi kewartawanan di Malaysia ialah penularan fenomena globalisasi, kemunculan mendadak portal berita alternatif menerusi Internet dalam media baharu dan hegemoni media Barat. Adakah kewartawan di Malaysia berpaksikan kepada kewartawanan Barat? Atas sebab tersebut, kajian ini menganalisis perbandingan antara konsep kewartawanan Barat dan konsep kewartawanan Islam. Kertas kajian ini menggunakan kaedah kajian dokumen bagi mendapatkan data sekunder. Data tersebut kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil analisis ini mendapati asas premis kewartawanan Barat berteraskan kepada kebebasan dan berorientasikan keuntungan manakala asas premis kewartawanan Islam berpandukan kepada prinsip Islam dan penekanan pandangan Islam tentang peranan media. Kertas kajian ini memberikan sumbangan kepada masyarakat tentang kesedaran kesahihan penyebaran maklumat khususnya di Malaysia.

Downloads

Published

2021-09-30