APLIKASI FIQH SIYASAH SYAR’IYYAH DALAM PENTADBIRAN TANAH KONTEMPORARI

Authors

  • Mohd Marbawi bin Taha
  • Jasni bin Sulong
  • Mohd Badrol bin Awang
  • Halipah binti Hamzah
  • Emie Sylviana Mohd Zahid

Abstract

Siyasah syar’iyyah merupakan asas kepada pemerintahan sesebuah negara Islam. Dalam konteks pentadbiran tanah, pengamalan siyasah syar’iyyah sangat penting di samping isu pemilikan tanah merupakan keperluan asas bagi setiap keluarga dalam sesebuah negara. Dalam pelaksanaan, terdapat pelbagai isu yang mengundang ketidakpuasan hati rakyat berhubung amalan pentadbiran dan perundangan tanah yang diamalkan di negara ini seperti isu pemberian hakmilik tanah kepada rakyat, isu pampasan pengambilan bagi tanah yang dimiliki ramai pemilik serta isu urusniaga lot lidi dan isu pemberian tanah oleh pihak kerajaan. Keadaan ini sering menimbulkan polemik dalam masyarakat dan juga mendapat komentar daripada para sarjana undang-undang tanah. Justeru, kajian ini bermatlamat untuk mengketengahkan beberapa prinsip serta amalan siyasah syar’iyyah yang perlu diaplikasikan dalam konteks pentadbiran dan perundangan tanah di negara ini. Bagi tujuan ini, pengkaji telah menggunakan dua metode kajian, iaitu metode pengumpulan data dan metode analisis data. Dalam mengumpul data, metodologi adalah berasaskan kajian kepustakaan manakala bagi analisis data pula, penyelidik menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif. Dapatan artikel ini memberi manfaat kepada pemilik hartanah, penggubal dasar dan Kerajaan. Kajian ini diharap menjadi sumbangan bermakna dalam membina pentadbiran yang lebih baik khususnya pentadbiran tanah. Ia merupakan proses penting ke arah mengislamisasikan polisi dan dasar tanah negara dan seterusnya membina pentadbiran yang adil kepada setiap warga selari dengan kehendak dan tuntutan syariah. Justeru, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi menunjukkan bagaimana siyasah syar’iyyah dapat diaplikasikan dalam pentadbiran dan perundangan tanah kontemporari.

Downloads

Published

2021-09-30