KEPEMIMPINAN BERTERASKAN ISLAM SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RA

Authors

  • Mohd Syakir Mohd Rosdi
  • Suwandi Simangunsong

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan kepemimpinan berteraskan Islam Saidina Umar al-Khattab r.a. Baginda merupakan seorang tokoh penting dalam sejarah peradaban Islam kerana telah mewarisi pemerintahan Islam sebagai khalifah kedua. Terdapat pelbagai ijtihad baharu yang dilakukannya seiring dengan perubahan masa, perluasan wilayah dan keadaan. Ijtihad-ijtihad ini mendapat tarikan umum kerana kaedah-kaedah yang digunakan dalam kepemimpinannya sangat memberi kesan kepada kemajuan pemerintahannya. Atas sebab tersebut kajian ini ingin mengumpulkan kaedah kepemimpinannya. Untuk itu, kertas kerja ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kajian dokumen bagi mendapatkan data-data sekunder. Data-data ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil daripada analisis ini mendapati kepemimpinan Saidina Umar al-Khattab r.a melingkungi tiga asas iaitu keadilan, keprihatinan dan ketegasan. Menerusi tiga asas ini pemerintahannya memperoleh jaminan keselamatan dan hak dalam menyampaikan sesuatu aduan, baik orang Islam mahupun bukan Islam, sekaligus mengelakkan daripada berlakunya kezaliman. Di sebalik sifat ketegasannya, terdapat sifat prihatin. Pernah suatu ketika Baginda memaafkan dan membatalkan undang-undang memotong tangan seorang pencuri kerana dia melakukan perbuatannya kerana terpaksa. Ijtihad Saidina Umar memberi tumpuan kepada perlunya ilham dalam kepemimpinan berteraskan Islam. Baginda pernah mengirim surat ke sungai Nil dan memerintahkan mengalirlah kerana takut kepada Allah SWT dan tanpa tradisi syirik untuk mengorbankan anak dara yang dilemparkan dari ketinggian hingga mati menitiskan darah ke sungai Nil.

Downloads

Published

2021-09-30