PELABURAN SUMBER AM BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Authors

  • Nurul Syahidah Roslan
  • Mohd Syakir Mohd Rosdi

Abstract

Sumber am baitulmal pada zaman kegemilangan Islam terdiri daripada pelbagai hasil seperti fai, ghanimah, jizyah, kharaj, wang riba, harta tak dituntut, harta pusaka, nazar, sedekah, hibah dan fidyah. Namun, harta sumber am baitulmal kini hanya terhad kepada wang tak patuh syariah, nazar, sedekah, harta pusaka dan hibah sahaja. Harta tersebut adalah sedikit dan tidak menentu. Seiring dengan kemajuan Malaysia dalam mengurus kewangan Islam, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) boleh meningkatkan pendapatan sumber am melalui instrumen pelaburan Islam seperti sukuk, unit amanah, unit amanah hartanah dan saham. Berdasarkan instrumen yang disebutkan tadi, adakah semua instrumen tersebut sesuai dilakukan oleh MAIWP? Bagaimanakah menentukan kesesuaian sesuatu instrumen? Oleh itu, kajian akan mengenal pasti dan menganalisis instrumen pelaburan yang sesuai untuk diaplikasikan oleh MAIWP. Untuk mencapai tujuan kajian ini, data-data yang dikumpulkan adalah berasaskan data primer dan data sekunder. Data primer diperoleh daripada kaedah temu bual manakala data sekunder diperoleh daripada kajian dokumen. Hasil pengumpulan data-data ini akan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatannya mendapati bahawa instrumen yang sesuai dilakukan oleh MAIWP ialah sukuk, unit amanah dan unit amanah hartanah.

Downloads

Published

2021-09-30