FENOMENA PUSING GANTI :FAKTOR PENOLAK TERHADAP KEINGINAN MENINGGALKAN ORGANISASI

Authors

  • Azimah Ninggal
  • Ishak Bin Haji Abd Rahman
  • Azmi bin Aziz

Abstract

Fenomena pusing ganti dalam kalangan pekerja semakin membimbangkan organisasi dan telah menarik perhatian ramai pengkaji untuk mengkaji situasi ini. Fenomena pusing ganti dalam kalangan juruterbang dalam Pasukan Gerakan Udara (PGU), Polis Diraja Malaysia yang meninggalkan organisasi Polis Diraja Malaysia secara bersara pilihan atau meletakkan jawatan (berhenti) berlaku setiap tahun. Data yang diperolehi daripada Bahagian Kepolisan Am, PGU menunjukkan seramai 31 orang juruterbang telah menamatkan perkhidmatan bermula dari tahun 2010 sehingga 2020. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor penyebab berlakunya fenomena pusing ganti dalam kalangan juruterbang PGU. Kajian lapangan telah dijalankan di Ibu Pejabat Polis Pasukan Gerakan Udara, Bukit Aman dan Pangkalan PGU Semenanjung, Subang. Hasil dapatan mendapati faktor dalaman seperti persekitaran tempat kerja, amalan pengurusan organisasi serta peluang kenaikkan pangkat adalah faktor yang menyumbangkan kepada anggota untuk meninggalkan organisasi .Faktor ini memberi kesan kepada PDRM terutama dari segi kewangan dan tenaga kerja. Pusing ganti juruterbang PGU melibatkan pengaliran keluar tenaga pakar juruterbang yang merupakan aset yang amat berharga kepada PDRM khusus dalam penugasan operasi penerbangan. Kajian ini akan memberikan satu jawapan analisis sebagai rujukan pengkaji lain untuk mengkaji hal yang berkaitan dengan kajian seumpama ini.

Downloads

Published

2021-09-30