PERPADUAN ETNIK DALAM KEPELBAGAIAN DI SABAH DARI SUDUT PANDANG PIAGAM MADINAH

Authors

  • Suhailah Abd Muin
  • Ahmad Tarmizi Abdul Rahman
  • Nor-Ina Kanyo
  • Mikdar Rusdi
  • Atika Farhain Ali

Abstract

Perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang agama, etnik dan ras di Negeri Sabah. Setiap masyarakat berhak mencipta perpaduan dan keharmonian bersama. Saling menghormati antara satu dengan yang lainnya tanpa mengira latar belakang agama, kepercayaan, etnik, ras suku dan bangsa. Sehubungan dengan itu, warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) dilihat mampu hidup dalam harmoni. Bekerjasama dalam menjayakan pelbagai program, penyelidikan, konvensyen, seminar dan lain-lain kejayaan diraih bersama. Persoalan yang timbul apakah faktor yang mendorong seseorang untuk terus menjaga perpaduan dan keharmonian etnik dalam kepelbagaian. Selain itu, bagaimana bentuk perpaduan di kalangan warga UMS jika ditinjau dari sudut pandang piagam Madinah. Seterusnya apakah cabaran semasa yang boleh menghalang wujudnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Berdasarkan persoalan di atas, kertas kerja ini bertujuan: i. untuk mengetahui apakah faktor yang mendorong seseorang untuk terus menjaga perpaduan. ii. untuk mengkaji bentuk perpaduan etnik dalam kepelbagaian di Universiti Malaysia Sabah dari sudut pandang piagam Madinah. iii. untuk mengenal pasti cabaran semasa yang boleh menghalang wujudnya perpaduan kaum dalam kalangan warga UMS dan langkah untuk mengatasinya. Kajian ini juga akan memfokuskan warga Universiti Malaysia Sabah UMS sahaja. Kajian ini berbentuk kualitatif iaitu dengan menemu bual beberapa orang ketua program, staf dan juga pensyarah. Menggunakan analisis dalil-dalil dari al-Quran dan al- Hadis sebagai sumber primer serta artikel, jurnal dan buku-buku berkaitan tajuk sebagai sumber sekunder. Hasil temu bual, kajian mendapati bahawa berlaku perpaduan sosial yang ditakrifkan dalam bentuk interaksi amalan seharian serta dapat menerima konsep kepelbagaian jika ditinjau dinamik hubungan tersebut dari sudut pandang Piagam Madinah.

Downloads

Published

2021-09-30