PRAKTIKALITI HUBUNGAN ILMU EKOLOGI ISLAM DENGAN ILMU POLITINOMIK ISLAM KE ARAH PEMBINAAN KONSEP EKO-POLITINOMIK ISLAM

Authors

  • Ahmad Faiz Omar Hathab
  • Mohd Syakir Mohd Rosdi

Abstract

Perkembangan ilmu Islam masa kini lebih terkait dengan praktikaliti atau kesesuaian penggunaannya dengan realiti semasa. Sebagai contoh ilmu ekonomi dan kewangan Islam lebih dominan digunakan oleh ahli perbankan Islam. Di samping itu, ilmu politik dan kenegaraan Islam banyak dipraktikkan oleh ahli politik atau ahli pentadbiran sesebuah negara. Dalam lingkungan perbincangan berkaitan dengan ekonomi dan politik Islam, ia turut merangkumi perbincangan mengenai ekologi kerana untuk membangunkan sesebuah negara, proses pembangunan itu akan melibatkan struktur bentuk muka bumi yang merupakan habitat kepada manusia dan haiwan. Ilmu Ekologi Islam akhir-akhir ini mendapat tempat dalam kalangan ahli akademik politinomik Islam untuk membincangkannya secara bersepadu. Hasil penelitian terhadap kajian-kajian dan karya-karya mula melihat politinomik Islam sebagai elemen penting dalam memahami permasalahan utama ekologi Islam. Hal ini membawa kepada perbincangan ke arah melihat sejauh mana praktikalnya ilmu ekologi ini jika dihubungkan dengan ilmu politinomik Islam. Kajian ini berhasrat untuk menumpukan kepada hal tersebut. Untuk mencapai hasrat ini, kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah kajian dokumen untuk memperoleh data-data sekunder dan kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif. Hasil daripada analisis tersebut menemukan ilmu ekologi Islam secara praktikal memerlukan politinomik Islam sebagai satu elemen yang akan membantu menyelesaikan permasalahan-permasalahan ekologi Islam. Selain itu, ilmu Ekologi Islam dan ilmu Politinomik Islam sebagai subsistem yang saling kuat menguatkan antara satu sama lain. Daripada dapatan kajian ini akan mengukuhkan lagi ke arah membina konsep Eko-Politinomik Islam.

Downloads

Published

2021-09-30