PERANCANGAN STRATEGIK INSTITUSI ISLAM DALAM MENGHADAPI KRISIS PANDEMIK COVID-19

Authors

  • Nurhidayah Marzuki@Yahaya

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan menganalisis perancangan strategik bagi institusi Islam dalam menghadapi krisis pandemik COVID-19. Dunia kini menghadapi cabaran sukar iaitu berhadapan dengan virus COVID-19. COVID-19 ini telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia sebagai satu pandemik yang memberikan kesan yang sangat serius kepada ekonomi dunia. Semua sektor dan institusi perlu menjalani kehidupan dengan norma baharu termasuklah di institusi Islam. Dalam menghadapi norma baharu ini, pihak institusi Islam perlu merancang hala tuju organisasi untuk kekal aktif, relevan dan berdaya saing dalam persekitaran yang sangat mencabar ini. Banyak prosedur baharu yang perlu dilaksanakan bagi memastikan ianya selaras dengan keadaan semasa dan juga selaras dengan prosedur yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan demi menjaga kemaslahatan bersama. Persoalannya, apakah strategi terbaik yang dilakukan oleh institusi Islam dalam menghadapi krisis pandemik COVID-19 ini? Hal ini kerana institusi Islam perlu memastikan bahawa setiap perancangan yang hendak dilaksanakan tidak bercanggah dengan al-Qur’an dan Hadith serta tidak membawa kemudaratan kepada semua pihak. Kertas kerja ini bersifat konseptual dan akan dianalisis menggunakan analisis kandungan kualitatif. Hasil dapatan dari sorotan kajian lepas telah membentuk kerangka konseptual model yang akan dikaji lebih mendalam pada masa akan datang.

Downloads

Published

2021-09-30