PERWATAKAN PELAKU PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM BERDASARKAN PANDANGAN MUFASIRIN

Authors

  • Nurul Farhana Yahaya

Abstract

Perwatakan pelaku pembangunan terbentuk daripada fungsi dan peranan manusia diciptakan. Manusia dalam pembangunan berteraskan Islam (PBI) berfungsi sebagai hamba dan khalifah Allah SWT manakala dalam pembangunan lazim pula, berfungsi sebagai makhluk ekonomi yang mengeluar dan mengguna semata-mata. Oleh sebab fungsi manusia berbeza, maka perwatakan juga berbeza. Al-Qur’an sebagai sumber epistemologi PBI ada memperihalkan perwatakan pelaku pembangunan. Persoalannya, apakah ayat-ayat al- Qur’an yang membincangkan perwatakan pelaku pembangunan? Bagaimanakah perwatakan pelaku PBI ditafsir oleh para musafirin? Bagi menjawab kedua-dua persoalan tersebut, kertas kerja ini mempunyai dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti ayat-ayat perwatakan pelaku pembangunan dalam al-Qur’an; dan kedua, menganalisis perwatakan pelaku pembangunan berdasarkan tafsiran para mufasirin. Kajian kualitatif yang menggunakan kaedah tafsir al-mawdu’iy ini mendapati empat perwatakan pelaku pembangunan yang dibina daripada padangan mufasirin iaitu manusia yang berprinsip, dermawan, berintegriti dan berwawasan.

Downloads

Published

2021-09-30