APLIKASI MyWakalah: PENGURUSAN ZAKAT MELALUI KONSEP WAKALAH ZAKAT OLEH INSTITUSI ZAKAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Authors

  • Shahir Akram Hassan
  • Faizul Shaiffe

Abstract

Mutakhir ini institusi zakat negeri mula memperkenalkan konsep wakalah zakat dalam meningkatkan kutipan serta meluaskan agihan zakat. Wakalah Zakat merupakan dasar pengembalian wang zakat oleh institusi zakat kepada pembayar zakat (individu, syarikat, majikan dan institusi pengajian tinggi) yang membayar zakat untuk diagihkan semula kepada asnaf yang layak. Wakalah zakat mendapat sambutan yang baik dengan peningkatan permohonan wakalah zakat yang meningkat setiap tahun. Konsep ini merupakan suatu inovasi terkini dalam pengurusan zakat khususnya di Malaysia. Institusi zakat di Wilayah Persekutuan telah mengorak langkah awal dengan mewujudkan aplikasi MyWakalah bagi meningkatkan keefisienan wakalah zakat. Proses permohonan, kelulusan, semakan, sehinggalah proses agihan dapat dilaksanakan secara efisien melalui aplikasi ini. Sehubungan itu, kajian ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti penggunaan aplikasi MyWakalah. Kedua, menganalisis pengurusan zakat melalui konsep wakalah zakat menggunakan aplikasi MyWakalah. Hasil kajian mendapati MyWakalah merupakan manifestasi pembudayaan teknologi terkini dalam pengurusan zakat khususnya di Wilayah Persekutuan. Aplikasi ini merupakan medium integrasi atas talian secara sepenuhnya yang melibatkan tiga pihak iaitu antara Pusat Pungutan Zakat-MAIWP, Baitulmal-MAIWP dan pembayar zakat. Selain itu, aplikasi MyWakalah juga merupakan suatu aplikasi yang memudahkan urusan perekodan permohonan, kelulusan, semakan dan agihan wakalah zakat. Perekodan ini membolehkan proses pemantauan dan penambahbaikkan berterusan bagi konsep wakalah zakat pada masa akan datang.

Downloads

Published

2021-09-30