PENGARUH TAHAP KEFAHAMAN EJEN TAKAFUL TERHADAP GELAGAT ETIKA KERJA EJEN TAKAFUL MENURUT PERSEPSI PESERTA TAKAFUL: SATU KAJIAN RINTIS

Authors

  • Nor Arini Abdullah
  • Shahir Akram Hassan

Abstract

Ejen takaful bertanggungjawab memberikan maklumat jelas berkenaan pelan, produk, terma dan syarat serta manfaat yang akan diterima oleh peserta takaful. Ejen takaful juga perlu menguasai kefahaman tentang produk takaful. Namun begitu, dalam mempromosikan produk takaful, terdapat kemungkinan ejen takaful memberikan cadangan produk selaras dengan kefahaman ejen atau ada juga kemungkinan cadangan yang tidak sesuai berdasarkan kefahaman ejen dan keperluan peserta takaful. Hal ini mendorong berlakunya gelagat yang tidak beretika dalam kalangan ejen takaful. Oleh itu, timbul persoalan, apakah tahap kefahaman ejen takaful terhadap konsep dan produk takaful? Apakah persepsi peserta takaful terhadap tahap kefahaman ejen takaful? Bagaimanakah tahap kefahaman ejen takaful mempengaruhi gelagat etika kerja ejen takaful? Bagi menjawab persoalan ini, kertas kerja ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti kefahaman ejen takaful; kedua menganalisis pengaruh tahap kefahaman ejen takaful terhadap gelagat etika kerja ejen takaful menurut persepsi peserta takaful. Data dikumpul daripada kajian rintis sebanyak 30 orang responden dan akan dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu statistik deskriptif dan statistik inferens. Hasil dapatan menunjukkan bahawa kefahaman ejen terhadap konsep takaful dan produk takaful adalah tinggi, pengesyoran produk takaful berdasarkan keperluan peserta takaful dan kemahiran memujuk mempunyai hubungan yang signifikan terhadap gelagat etika kerja ejen takaful.

Downloads

Published

2021-09-30